Rabu, 22 Julai 2009


Satu kutipan Derma Bacathon telah dilancarkan di MGS2. Prgram ini dijalankan selama sebulan bermula bemula pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos. Objektif utama Bacathon ini dijalankan adalah untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah, menambah bahan-bahan bacaan Pusat sumber, membeli komputer dan membantu membiayai aktiviti tahunan Pusat Sumber MGS2. Pihak sekolah mengalu-alukan semua pihak untuk terus menyumbang dalam program ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan atas sumbangan,penglibatan dan sambutan tuan/puan, guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha yang murni ini mencapai objektif dan maltlamatnya....

Selasa, 14 Julai 2009

Perkhemahan Bdn Beruniform 10 Jul-12 Jul 2009








satu perkhemahan telah diadakan pada 10 Julai - 12 Julai 2009 bertempat di Asli Camp Adventure Ulu Langat . Seramai 5 orang guru dan 34 orang murid telah menyertai perkhemahan yang menyeronokkan dan mencabar ini. Antara aktiviti tersebut adalah seperti flying fox, repealling, ikhtiar hidup, membuat hiasan daripada alam sekitar, fire camp dan beberapa aktivti berkumpulan. Murid juga berpeluang untuk mandi -manda di air terjun yang berdekatan dengan tapak perkhemahan. Air sungai yang sejuk dan jernih menyegarkan badan di pagi hari...Selain daripada itu, kami juga berpeluang untuk makan buah-buahan seperti durian,rambutan, cempedak dan juga manggis...nyummnyumm

Khamis, 2 Julai 2009

PELANCARAN PROGRAM BULAN SOPAN SANTUN


Jumaat, 3 Julai 2009 SK(P) Methodist telah melancarkan Program Bulan Santun, Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Datin Hajah Faizah bt Shamsudin selaku Guru Besar SK(P) Methodist 2. Program yang berjalan selama sebulan ini dianjurkan oleh Jawatakuasa Disiplin&Bimbingan dan Kaunseling. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan sifat sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan warga MGS2. Di antara program yang akan dijalankan ialah mencari 'Ratu Sopan Santun' dikalangan murid MGS2, penilaian akan dibuat selama sebulan oleh guru kelas dan guru-guru yang mengajar subjek teras. Murid yang menepati kriteria-kriteria yang dipilih akan dinobatkan sebagai 'Puteri Sopan Santun'. Harapan Jawatankuasan penganjur dan guru-gura agar 9o% murid dapat mengubah sikap menjadi murid yang bersopan santun dan berbudi bahasa.

Tahniah!!!



Demam UPSR kian terasa, justeru AJK Tahun MGS 2 terus mengembeling tenaga untuk meneruskan agenda meningkatkan prestasi murid Tahun 6. Peperiksaan demi peperiksaan telah diduduki seramai 40 orang calon. Permata yang bakal bersinar sebagai murid cemerlang telah dikenalpasti. Adik Farah Athirah dan adik Magdalene di antara 10 calon yang menjadi harapan sekolah telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila telah memperolehi keputusan 5A di dalam peperiksaan Intervensi 2 dan Diognostik baru-baru ini. Sebagai membakar semangat murid-murid lain untut terus berusaha lebih gigih lagi pihak sekolah telah menyedia Hamper untuk mereka yang mencapai target 5A. Hadiah Hamper yang berharga itu telah disampaikan oleh Guru Besar Datin Hajan Faezah bt Samsudin dalam perhimpunan mingguan MGS2 baru-baru ini. Besarlah harapan warga pendidik MGS2 melihat calon-calon UPSR2009 berusha dengan bersungguh-sungguh agar target sekolah tercapai.