Khamis, 29 April 2010

Membina Generasi Cemerlang


1 April 2010 Badan Pengawas SK(P)Methodist 2 KL dengan kerjasama Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks telah menganjurkan Kem Kecemerlangan dan Kepimpinan Pengawas. Program yang diadakan ini bertujuan untuk melatih barisan pengawas agar lebih berketrampilan dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas sekolah.Penceramah jemputan untuk program ini ialah En Wan Mohd Nuramali bin Wan Ismail.Semoga program yang dianjurkan ini dapat mengasah bakat murid-murid dalam ilmu kepimpinan yang cemerlang

Aktiviti 2009

Sabtu, 24 April 2010

Mari Belajar Memasak..: UNIT KO-KURIKULUM


Unit Ko-Kurikulum SK(P) Methodist 2 telah menjalankan suatu aktiviti yang menarik dan menambah ilmu pengetahuan murid-murid dalam ilmu memasak. Program yang diadakan dalam masa 2 jam itu telah banyak memberi manfaat kepada semua murid khususnye murid perempuan. Dalam aktiviti ini murid didedahkan dengan teknik-teknik memasak dalam perkhemahan. Asas-asas masakan seperti mengupas bawang , memotong sayur, memecah telur dan berbagai-bagai lagi. Beberapa menu telah berjaya dimasak dengan kerjasama guru-guru badan uniform MGS2. Tahniah moga ilmu yang dipelajari dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam perkhemahan yang akan dijalankan kelak.

Jumaat, 23 April 2010

Rumah Kuning Juara-Temasya Sukan Tahunan 2010



25 Mac 2010.yg lalu telah berlangsung dengan meriahnya Temasya Sukan Tahunan SK (P) Methodist 2.Acara bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.Antara acara murid yang dipertandingkan ialah lari 100m,4 x 100m,lontar peluru, lompat jauh. Acara dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka ibubapa iaitu pertandingan mengupas epal dan makan buah tembikai. Majlis yang penuh warna warni ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK(P)Methodist 2 En Shamsuddin bin Sasi.Pasukan Kuning telah menjuarai dalam semua Temasya Sukan ini dan diikuti oleh Rumah Merah...Penglibatan ibubapa menjadikan program ini bertambah meriah. Sekalung penghargaan diucakan kepada semua barisan AJK Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini, serta kepada yang terlibat secara langsung atau tidak.Moga Temasya yang penuh warna warni ini akan diteruskan setiap tahun. Harapan untuk melahirkan atlit yang cemerlang akan terus di garap .

Rabu, 10 Februari 2010

SELAMAT DATANG 2010, MOGA MGS2 LEBIH CEMERLANG..

Februari,hampir 2 bulan sesi persekolahn bermula. baru kali ini saya berkesempatan untuk mencoret serba sedikit peristiwa terkini di MGS2. Untuk tatapan pengikut setia blog kami ini. Untuk makluman semua tahun ini MGS 2 melakar satu lagi peristiwa apabila pucuk pentadbiran MGS2 berubah dengan kedatangan Guru Besar baru,,,tak terlewat rasanya saya mengalu-alukan kedatangan Guru Besar Baru SK(P)Methodist 2 Pn Hajjah Zaharah bt Hj Borhanuddin, mengantikan Datin Hajah Faezah bt Shamsuddin yang telah bertukar ke sekolah lain. Moga kedatangan Puan Zaharah ke MGS2 dapat meneruskan lagi agenda peningkatan akademik dan kokurikulum bagi 2010.Misi dan Visi MGS2 akan terus diperjuangkan oleh warga pendidik dan murid MGS2..

Isnin, 31 Ogos 2009

SELAMAT MAJU JAYA!!!


Diucapkan selamat berjaya dalam bidang perguruan kepada 5 orang pelatih daripada IPBa yang telah menjalani ROS selama 2 minggu di MGS 2.Mereka telah menyumbangkan jasa melatih murid-murid MGS 2 dalam choral speaking..Apapun selamat maju jaya kepada mereka semua...