Khamis, 29 April 2010

Membina Generasi Cemerlang


1 April 2010 Badan Pengawas SK(P)Methodist 2 KL dengan kerjasama Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks telah menganjurkan Kem Kecemerlangan dan Kepimpinan Pengawas. Program yang diadakan ini bertujuan untuk melatih barisan pengawas agar lebih berketrampilan dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas sekolah.Penceramah jemputan untuk program ini ialah En Wan Mohd Nuramali bin Wan Ismail.Semoga program yang dianjurkan ini dapat mengasah bakat murid-murid dalam ilmu kepimpinan yang cemerlang

Aktiviti 2009

Sabtu, 24 April 2010

Mari Belajar Memasak..: UNIT KO-KURIKULUM


Unit Ko-Kurikulum SK(P) Methodist 2 telah menjalankan suatu aktiviti yang menarik dan menambah ilmu pengetahuan murid-murid dalam ilmu memasak. Program yang diadakan dalam masa 2 jam itu telah banyak memberi manfaat kepada semua murid khususnye murid perempuan. Dalam aktiviti ini murid didedahkan dengan teknik-teknik memasak dalam perkhemahan. Asas-asas masakan seperti mengupas bawang , memotong sayur, memecah telur dan berbagai-bagai lagi. Beberapa menu telah berjaya dimasak dengan kerjasama guru-guru badan uniform MGS2. Tahniah moga ilmu yang dipelajari dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam perkhemahan yang akan dijalankan kelak.

Jumaat, 23 April 2010

Rumah Kuning Juara-Temasya Sukan Tahunan 2010



25 Mac 2010.yg lalu telah berlangsung dengan meriahnya Temasya Sukan Tahunan SK (P) Methodist 2.Acara bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.Antara acara murid yang dipertandingkan ialah lari 100m,4 x 100m,lontar peluru, lompat jauh. Acara dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka ibubapa iaitu pertandingan mengupas epal dan makan buah tembikai. Majlis yang penuh warna warni ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK(P)Methodist 2 En Shamsuddin bin Sasi.Pasukan Kuning telah menjuarai dalam semua Temasya Sukan ini dan diikuti oleh Rumah Merah...Penglibatan ibubapa menjadikan program ini bertambah meriah. Sekalung penghargaan diucakan kepada semua barisan AJK Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini, serta kepada yang terlibat secara langsung atau tidak.Moga Temasya yang penuh warna warni ini akan diteruskan setiap tahun. Harapan untuk melahirkan atlit yang cemerlang akan terus di garap .