Isnin, 31 Ogos 2009

SELAMAT MAJU JAYA!!!


Diucapkan selamat berjaya dalam bidang perguruan kepada 5 orang pelatih daripada IPBa yang telah menjalani ROS selama 2 minggu di MGS 2.Mereka telah menyumbangkan jasa melatih murid-murid MGS 2 dalam choral speaking..Apapun selamat maju jaya kepada mereka semua...

Khamis, 20 Ogos 2009

Satu Malaysia......Bulan Patriotisme


17 Ogos 2009 SK(P) Methodist 2 telah melancarkan Bulan Patriotiesme.Majlis yang penuh warna-warni ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Datin Hajah Faizah bt Shamsudin.Objektif utama dilancarkan Bulan Patriotisme ini adalah untuk menanamkan semangat patriotisme disamping memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Antara acara menarik ialah nyanyian lagu-lagu patriotisme dan tayangan tenteng pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Semoga usaha yang murni dapat membentuk murid yang lebih menghargai erti kemerdekaan melalui prinsip 1 Malaysia yang berteraskan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'

Selasa, 18 Ogos 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Khemah Ibadah UPSR 2009



14 dan 15 Ogos yang lepas telah diadakan majlis Khemah Ibadah untuk murid-murid tahun 6 dan 5.Objektif majlis diadakan adalah untuk,mendedahkan peserta tentang kewajipan seorang muslim, membina semangat untuk menghadapi pelajaran dan membina keyakinan diri dan dapat menanam sikap agar mencintai Allah, Rasul dan Ibubapa. Di antara aktiviti yang diadakan ialah, solat magrib dan isyak berjemaah, solah sunat Hajat, bacaan Yassin, Ceramah Motivasi bersama Ustaz Mohd Fauzi bin Mat Rani dari SMK Taman Melati Setapak, Qiammuallail,Kuliah Suboh, Riadah dan aktiviti uji minda.Semoga dengan aktivit-aktiviti yang telah diadakan ini dapat membimbing seterusnya menjadikan calon-calon UPSR 2009 lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang beberapa minggu lagi.Moga kejayaan yang diimpikan menjadi kenyataan. Amin..

Selasa, 4 Ogos 2009

RATU SOPAN SANTUN


Pencarian telah berakhir.Selama satu bulan MGS2 telah mengadakan kempen sopan santun bagi melahirkan murid-murid yang berhemah tinggi, berakhlak mulia , bersopan santun dan menghormati warga MGS2...seramai 17 orang murid telah dipilih daripada setiap kelas dan akhirnya murid yang bertuah ialah AFIQAH JAZILAH dari 6 Wawasan.Tahniah!!! semoga nilai-nilai kesopanan diterapkan sepanjang masa..