Jumaat, 23 April 2010

Rumah Kuning Juara-Temasya Sukan Tahunan 2010



25 Mac 2010.yg lalu telah berlangsung dengan meriahnya Temasya Sukan Tahunan SK (P) Methodist 2.Acara bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.Antara acara murid yang dipertandingkan ialah lari 100m,4 x 100m,lontar peluru, lompat jauh. Acara dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka ibubapa iaitu pertandingan mengupas epal dan makan buah tembikai. Majlis yang penuh warna warni ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK(P)Methodist 2 En Shamsuddin bin Sasi.Pasukan Kuning telah menjuarai dalam semua Temasya Sukan ini dan diikuti oleh Rumah Merah...Penglibatan ibubapa menjadikan program ini bertambah meriah. Sekalung penghargaan diucakan kepada semua barisan AJK Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini, serta kepada yang terlibat secara langsung atau tidak.Moga Temasya yang penuh warna warni ini akan diteruskan setiap tahun. Harapan untuk melahirkan atlit yang cemerlang akan terus di garap .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan