Ahad, 12 April 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH..

Pada 21 Februari 2009 telah berlangsung satu majlis yang penting di dalam agenda program Tahunan Sekolah Kebangsaa (P) Methodist 2 iaitu Majlis Anuherah Cemerlang 2008 dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 35.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf dan menghargai murid-murid yang telah mencapai keputusan cemerlang dari segi Akademik dan Ko-Kurikulum. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah diadakan dengan penuh suasana warna-warni di Dewan MGS.

Dalam majlis tersebut murid-murid yang berjaya telah diberi hadiah dan sijil-sijil penghargaan. Kecemerlangan murid dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu Terbaik Akademik dalam kelas, Terbaik dalam matapelajaran, Kehadiran Terbaik sepanjang tahun,Tokoh Puteri Nilam, Terbaik dalam UPSR 2008 dan 2007.

Kehadiran ibubapa yang amat menggalakan telah memberi makna yang paling berharga buat sekolah dan buat murid yang menerima anugerah. Hampir lebih 100 ibubapa yang hadir dapat menyaksikan beberapa persembahan yang menarik dari puteri-puteri MGS iaitu persembahan Koir High School Musical, Tarian Melayu ,Persembahan Key Board dan Pertunjukan menggunakan alat muzik asas .

Mudah-mudahan majlis yanag telah diadakan ini dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat baru kepada murid-murid untuk meneruskan usaha dalam menimba ilmu pengetahuan. Bak kat pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tahniah dan sejuta penghargaan kepada mereka yang telah menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan