Ahad, 12 April 2009

Rumah Merah Juara Acara Sukan Tahunan MGS


Sukan Tahunan MGS2 Rumah Merah Peneraju Juara Keseluruhan

Pada 27 berlangsung sukan Tahunan MGS2, Sukan Tahunan yang ulung kali dijalankan setiap tahun berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Walaupun Acara Sukan Tahunan ini dilaksanakan secara dalaman ia tetap memikat hati beberapa orang ibu bapa untuk hadir, Beberapa acara telah sukan telah dipertandingkan, untuk murid Tahap 1 dan 2 termasuklah acara untuk guru.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datin Hajah Faizah bt Shamsudin selagu Guru Besar Sek Keb (P) Methodist 2. Tepat pukul 8.30 pagi acara sukan bermula, dengan keaadan cuaca yang cerah semua agenda yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Di samping acara sukan acara sukan Tahunan ini juga diserikan dengan beberapa persembahan menarik iaitu koir High School Musica dari murid Tahap2 dan Tarian Poco-poco dari murid Tahap 1..Pengerusi untuk Acara Sukan Tahunan ini ialah Pn Siti Aishah bt Md Saad.Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pn Zalikha bt Ahmad dan Datin Hajah Faizah majlis berakhir tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Tahniah kepdad barisan AJK yang diketuai oleh Pn Zainun Ngah selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan dibantu oleh Pn Tg Ratna selaku penggerak utama Acara Sukan Tahunan dan barisan guru MGS2 yang tidak pernah kenal putus asa melatih ahli rumah masing. Tahniah,,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan